• Main
  • News

10 Fakta Sedih Mengenai Pibg.

10 Fakta Sedih Mengenai Pibg.

10 FAKTA SEDIH mengenai PIBG.

1. Mesyuarat Agung PIBG tiada sambutan. Ramai guru dari ibu bapa yang hadir biasanya.

2. Ahli yang tidak hadir mesyuarat paling banyak mempersoalkan keputusan PIBG yang ditetapkan pada hari mesyuarat. Ini paling menjengkelkan.

3. Tidak ramai yang bayar sumbangan PIBG semata-mata kerana ianya sumbangan, bukan yuran.
"Anak aku tak bayar pun, semua program sekolah dia boleh masuk.
Semua kemudahan yang PIBG sediakan seperti kipas, dewan, hadiah, motivasi, apa jua yang mengguna dana PIBG, anak aku tetap dapat nikmati seperti murid lain. Buat apa aku bayar?"
Hal ini disebarkan pula supaya kawan-kawan dia dan ibu bapa lain turut serta tidak bayar sumbangan PIBG.
Berbahagialah kalian mengambil dan menggunakan hak orang lain. ????

4. Kebanyakan sekolah hanya dapat collect 30-40% sahaja sumbangan PIBG. Selebihnya buat keras macam tunggul kayu.

5. Duit BAP RM100 untuk seorang murid, 100% ibu bapa datang ambil. Tiada alasan bekerja, sakit dan sebagainya. Tiba hari mesyuarat PIBG, berjuta alasan sampai. Sedih lagi. ????????

6. Guru dan AJK PIBG difitnah makan duit PIBG. Duit PIBG kalau nak keluar waima RM1 mesti ada tanda tangan Bendahari dan YDP PIBG. Dan semua duit yang masuk dan keluar diaudit dan dibentangkan dalam mesyuarat agung PIBG. YDP dan NYDP pula adalah daripada kalangan ibubapa.
Tak datang mesyuarat, kemudian buat fitnah dan sebarkan. Yehuda betul perangai itu.

7. AJK PIBG dan guru-guru bertungkus lumus kumpul dana untuk tabung PIBG. Turun naik syarikat dan kedai cari sponsor. Buat jualan dan sebagainya.
Bila ada dana dan baik pulih sekolah atau buat program untuk murid, yang tak bayar sumbangan itu paling banyak mempertikai. Kenapa panggil penceramah tu bukan hat ini. Kenapa tak tukar kipas jenis itu ini dan pelbagai lagi.
Itu tak kena ini tak kena. Serba serbi tak kena dan nak kondem je kerjanya. Meeting PIBG tak pernah datang bersuara pula.

8. Ibu bapa yang pendapatan rendah lebih ramai yang bayar sumbangan PIBG. Yang hanya punya motor buruk, yang hanya kerja buruh. Ada yang bayar ansuran RM10 sebulan. Bahkan parent yang kategori asnaf dan penerima zakat pun bayar sumbangan PIBG.
Yang kerja dalam aircond dan datang dengan kereta menjalar, itu yang ramai liat nak bayar.
Ini realiti yang sangat menyedihkan.

9. PIBG yang disokong kuat oleh ibu bapa mampu berikan keselesaan pada infrastruktur sekolah dan kemudahan untuk murid.
Lihat sekolah cina, hampir semuanya ada dewan tertutup siap aircond dan dewan terbuka berbumbung untuk aktiviti outdoor. Semuanya dibuat guna dana PIBG. PJK masih boleh dijalankan walau hari hujan atau panas terik.
Tapi kebanyakan dana PIBG sekolah kebangsaan, nak tukar meja murid yang reput pun tak lepas. Kipas dah rosak berbulan tak boleh tukar.

10. Anda hanya perlu menyimpan 14 sen sehari untuk bayar duit sumbangan PIBG berjumlah RM50 setahun. Tapi itu pun ramai yang gagal buat. Dan sangat ramai yang merungut mahal.
Inilah dia 10 FAKTA SEDIH tentang PIBG.

Baca dan hayatilah elok-elok. Kongsilah agar ramai yang tahu fakta sedih ini. Jangan biarkan 10 fakta ini terus bersedih selamanya.
Kita dah berada di abad ke 21, mentaliti zaman Firaun itu buanglah.

Sokong PIBG untuk anak-anak kita juga. Usah berkira lagi untuk pendidikan anak-anak kita.
Ibu bapa cakna, anak-anak terbela. Begitulah.

Copy paste : FB Ali Ujang


About Us

  • SK SRI TEBRAU, JB

    Official Page Of SK SRI TEBRAU, JOHOR BAHRU. Sekolah Kluster Kecemerlangan. #HidupSentosa