SK SRI TEBRAU ANJUR CERAMAH ANTI DADAH BERSEMPENA MINGGU PENCEGAHAN ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH.
ISNIN ( 4 November ) : Sejajar usaha berterusan memerangi gejala dadah terutama dalam kalangan anak muda termasuk pelajar, Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Bahru minggu lalu telah mengadakan sesi ceramah kesedaran berkenaan dengan anti dadah dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK Daerah Johor Bahru )
Penyelaras program, Pn Priya, berkata kempen itu bertujuan memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada semua murid agar mereka menjauhi dadah dan guru pula dapat memainkan peranan untuk bersama membendung ancaman dadah.
Sesi ceramah selama 3 jam itu disampaikan oleh Pn Norshahirin binti Zainuddin, Pegawai AADK Daerah Johor Bahru serta dibantu oleh Pn Noor Jazimah binti Mokhtar, Penolong Pegawai AADK Daerah Johor Bahru.
Diantara pengisian ceramah itu adalah antaranya:
* Mempertingkatkan kesedaran mengenai bahaya dadah, ancaman penggunaan dadah, rokok, vape, alkohol, inhalan dan risiko HIV/Aids dalam kalangan murid, guru dan ibu bapa.
* Membina kekuatan dalaman murid, guru dan menyediakan mereka dari segi pemikiran dan tindakan supaya membantu dalam usaha menjauhi dadah, rokok, vape, alkohol, inhalan dan HIV/Aids.
* Mewujudkan perhubungan dua hala antara guru dengan pelajar dalam usaha mencegah penggunaan dadah, rokok, vape, alkohol, inhalan dan HIV/Aids.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada AADK Daerah Johor Bahru kerana sudi meluangkan masa bersama-sama para pelajar di dalam sesi ceramah tersebut.