Kepada
Murid dan ibu bapa Tahun 6
Bagi kemasukan ke Tingkatan 1 ambilan 2026.
HEBAHAN KEPUTUSAN
KEMASUKAN KE SEKOLAH SUKAN MALAYSIA (SSM) dan
SEKOLAH SENI MALAYSIA (SSeM) / PROGRAM PENDIDIKAN SENI (PPS)
BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2026
Akan diumumkan mulai
22 Disember 2025 (12.00 tengah hari) hingga
9 Januari 2026 (11.59 malam).
Sila dapatkan maklumat di PAUTAN SEMAKAN
Sekolah Sukan Malaysia (SSM)
https://spassm.moe.gov.my/
Sekolah Seni Malaysia (SSeM) / Program Pendidikan Seni
https://essem.moe.gov.my/
SSM dan SSeM menawarkan pendidikan berkualiti dengan sokongan ekosistem dan barisan jurulatih yang terbaik untuk anak-anak yang mempunyai bakat dan potensi besar dalam bidang sukan mahupun seni.
Pihak Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) KPM telah menyediakan pelan pembangunan dan hala tuju yang jelas dalam mengangkat agenda pembentukan Generasi Madani yang hebat, berdaya saing dan semangat juang yang tinggi, di samping membina sahsiah diri dan akhlak terpuji. Matlamat akhir adalah membolehkan atlet dan peserta menjulang pelbagai kejayaan di pentas antarabangsa yang menjadi kebanggaan Malaysia.
Ayuh ! hargailah peluang yang ditawarkan dengan sebaik-baiknya. Yakinlah institusi pendidikan SSM dan SSeM merupakan pilihan terbaik untuk anak/anak jagaan tuan/puan.
Kenali SSM dan SSeM melalui laman Facebook sekolah masing-masing.
#SSM
#SSeM
#GenerasiTanpaBuli
#PendidikanManusiawi
#MengoptimumkanPotensi
#MemaksimumkanKeberhasilan
#BahagianSukanKokurikulumdanKesenian
#MalaysiaMadani