#SKeST
#KemenjadianMurid
SK Sri Tebrau berjaya membawa pulang 1 pingat emas, 1 perak dan 2 gangsa dalam pertandingan antarabangsa Queen’s Cup Jump Rope Thailand Open 2025.
Saingan pada kali ini benar-benar sengit dengan penyertaan 11 negara, namun anak-anak kita tetap menunjukkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang hebat serta komitmen yang luar biasa.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak atas segala sokongan, doa, dan dorongan yang tidak pernah putus.
Kejayaan ini bukan hanya hasil titik peluh para atlet, tetapi juga berkat sokongan moral, kewangan dan kepercayaan yang diberikan kepada pasukan sejak awal persiapan lagi.
Berikut adalah pencapaian cemerlang atlet SK Sri Tebrau:
???? Emas – Double Dutch Speed Sprint U16
1. Hazeeq
2. Aisy Firash
3. Afif
???? Perak – Double Dutch Speed Sprint U12
1. Ali Khaleef
2. Adny Darwish
3. Naufal Zahin
???? Gangsa – Double Under Speed Relay Mixed
1. Adny Darwish
2. SK Nitar
???? Gangsa – Number 8 Double Dutch U12
1. Ali Khaleef
2. Adny Darwish
3. Naufal Zahin
4. Arif Rayyan
Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha gigih, latihan berterusan dan semangat berpasukan mampu membuahkan hasil yang sangat membanggakan. Semoga pencapaian ini menjadi penyuntik semangat kepada semua atlet untuk terus cemerlang di peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang.
TAHNIAH!!