• Main
  • News

Silapnya Di Mana?

Silapnya Di Mana?

Silapnya Di Mana?

Kenapa murid lahir dari sistem pendidikan yang sama,
belajar dari silibus yang sama, diajar oleh guru yang sama,
tetapi akhirnya hasilnya berbeza?

Seorang melangkah jauh ke persada antarabangsa,
seorang lagi tersungkur di jalan kehidupan. Apakah silapnya pada sistem atau sebenarnya pada asas didikan di rumah?

Kita selalu menyalahkan sekolah, tetapi jarang menyoal apa yang berlaku di rumah. Kerana di sekolah anak belajar ilmu, tetapi di rumah anak belajar nilai.

Guru boleh mengajar cara berfikir, tetapi ibu bapa yang mengajar cara merasa. Guru boleh membentuk akal,
tetapi rumah yang membentuk jiwa.

Dua anak dari sistem yang sama akan membesar berbeza, jika satu dibesarkan dengan adab dan kasih, dan satu lagi dibiarkan tanpa bimbingan dan sempadan.

Maka mungkin silapnya bukan pada sistem, tetapi pada tangan-tangan yang sepatutnya menyambung kerja guru iaitu madrasah pertama mereka di rumah.

Semoga ibubapa/penjaga anak didik kami di SKeST tabah dan kuat menghadapi pelbagai cabaran pada zaman pendigitalan ini.


About Us

  • SK SRI TEBRAU, JB

    Official Page Of SK SRI TEBRAU, JOHOR BAHRU. Sekolah Kluster Kecemerlangan. #HidupSentosa