• Main
  • News

Ibu Bapa/ Penjaga Murid,

Ibu Bapa/ Penjaga Murid,

Ibu Bapa/ Penjaga Murid,
Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau,
Jalan Sutera, Taman Sentosa,
Johor Bahru.

Tuan

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK TAHUN 4,5 DAN 6 SESI AKADEMIK 2025

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, Ujian Akhir Sesi Akademik bagi tahun 4,5 dan 6 akan diadakan pada 13 hingga 17 Oktober 2025.

3. Anak tuan perlu membawa peralatan yang secukupnya. Buku teks dan buku latihan dibawa sebagai ulangkaji bagi peperiksaan pada hari tersebut (jika perlu). Sila rujuk jadual waktu peperiksaan yang dilampirkan. Sebarang rayuan untuk tidak hadir dan menangguhkan peperiksaan tidak akan diterima kecuali sakit dengan penyerahan surat akuan doktor bertauliah.

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Guru Besar,
SKeST


About Us

  • SK SRI TEBRAU, JB

    Official Page Of SK SRI TEBRAU, JOHOR BAHRU. Sekolah Kluster Kecemerlangan. #HidupSentosa