
Anak-anak dah mula bercuti selama 9 hari. Aktiviti cuti sekolah yang PERCUMA tapi berguna untuk masa depan anak.
Yang no 5 boleh buat duit ????????????
1. Design skills
Ajar anak buat resume atau portfolio mereka dengan template yang ada dalam Canva. Biarkan mereka design ikut kreativiti sendiri.
➡️ Skill baru: kreativiti, susun atur visual, dan pemikiran visual.
2. Data Analytic dengan Canva Sheets
• Boleh kumpul data santai, contohnya “Berapa kali adik tidur lewat sepanjang cuti” atau “Top makanan kegemaran keluarga minggu ini”.
• Masukkan dalam Canva Sheets, ajar anak buat carta bar/pie chart.
▶️ Skill baru: kemahiran analisis data & interpretasi visual.
3. Presentation Skills – Family Pitch
Setiap anak pilih topik fun (contoh: “Kenapa saya patut dapat mainan baru ini – 5 sebab”).
Mereka buat slide ringkas di Canva Presentation dan bentang depan keluarga. Boleh siap ada sesi Q&A macam pitch betul-betul.
▶️ Skill baru: komunikasi, berani bercakap depan orang, critical thinking.
4. Buat duit dengan Canva
Galakkan mereka hasilkan digital product seperti mini eBook (contoh: resepi simple, komik ringkas, atau tip belajar). ZERO COST!
Kemudian cuba jual di platform mudah (contoh: WhatsApp group keluarga/kawan, social media).
▶️ Skill baru: asas keusahawanan, kreativiti digital, dan nilai usaha.
5. Canva Code – Mini App
Bimbing mereka cipta app mudah: contohnya apps ulangkaji soalan untuk persediaan exam dan dashboard progress mereka.
▶️ Skill baru: asas problem-solving dan pemikiran computational.
Aktiviti ini bukan saja isi masa cuti, tapi menanam skill real-life yang boleh bawa manfaat jangka panjang. Anak rasa seronok sebab projek berasaskan minat mereka, ibu bapa pun puas hati sebab cuti jadi produktif.
Tapi kalau anda ada duit bawa lah anak pi bercuti. Aktiviti kat atas tu buat kemudian ????
#Happyholiday
#Canva
#SKeST
We❤️SKeST