• Main
  • News

Permohonan Ke Sekolah Seni Malaysia Kini Dibuka.

Permohonan Ke Sekolah Seni Malaysia Kini Dibuka.

Permohonan ke Sekolah Seni Malaysia kini dibuka.

Permohonan dibuka bermula *15 Julai 2025* sehingga *15 September 2025* adalah berbeza dengan Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus (PKSK) kerana:

- SBP/MRSM bernaung dibawah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM
- Sekolah Seni Malaysia bernaung dibawah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian KPM.

Syarat Permohonan
1. Warganegara Malaysia
2. Calon mesti daripada sekolah kerajaan, bantuan penuh kerajaan dan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
3. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
4. Sihat tubuh badan
5. Hanya permohonan secara 'Online' akan diproses

Syarat Kemasukan
1. Lulus Uji Bakat
2. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
3. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
4. Mengemukakan rekod kesihatan murid
5. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan


About Us

  • SK SRI TEBRAU, JB

    Official Page Of SK SRI TEBRAU, JOHOR BAHRU. Sekolah Kluster Kecemerlangan. #HidupSentosa