
Kepada,
Ibubapa/ penjaga murid,
SK Sri Tebrau
Johor Bahru.
Tuan,
MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL 1 SESI AKADEMIK 2025
Merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa cuti penggal pertama bagi sesi akademik 2025 akan bermula dan berakhir seperti kenyataan berikut:
1) 29.05. 2025 /Khamis / Hari Pertama - Cuti Persekolahan Penggal 1.
2) 09.06.2025 / Isnin / Hari Terakhir - Cuti Persekolahan Penggal 1.
3) 10.06.2025 / Selasa / Sesi Akademik Penggal ke-2 bermula.
3. Sehubungan itu, pihak sekolah mengharapkan kerjasama pihak tuan untuk memastikan keselamatan dan kebajikan anak-anak sepanjang cuti yang akan berlangsung. Kami juga mengharapkan pihak tuan memastikan anak didik kami berterusan membuat ulangkaji semua kemahiran yang telah dipelajari sepanjang penggal pertama sesi akademik 2025 ini kerana Pentaksiran Bilik Darjah murid akan terus dilaksanakan sepanjang tahun.
4. Sekian, harap perkara ini berada dalam makluman.
Yang menjalankan amanah
#BondaGB
Selasa I 27.05.2025