SRI TEBRAU STEM CHALLENGE 2024 GALAK PELAJAR BERINOVASI
10 Disember 2024 ( Selasa ) : Panitia Sains dengan kerjasama Panitia Matematik dan Reka Bentuk Teknologi melancarkan Pertandingan Stem : Sri Tebrau Stem Challenge 2024 bermula 10 hingga 16 Disember ini.
Pertandingan ini bertujuan memupuk pemikiran kritis dalam kalangan pelajar dan menggalakkan mereka untuk berinovasi melalui kemahiran kreatif dalam reka bentuk yang semakin menjadi komoditi penting untuk masa depan digital.
Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk menerima markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dengan mengambil bahagian dalam aktiviti dan pertandinagn yang dianjurkan.
"Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kesedaran dan menanam minat terhadap pembelajaran STEM dengan pendekatan yang ceria dan menyeronokkan, " kata Cikgu Irni Ismail, penyelaras program STEM Challenge tahun ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan serta pendaftaran pertandingan, sila hubungi guru penyelaras di dalam video tersebut.