LAWATAN PENANDA ARAS SK SK Telok Mas, MELAKA CAPAI MATLAMAT
27 Oktober 2024 ( AHAD ) : Sekolah Kebangsaan Telok Mas telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Profesional Pendidikan ke SK Sri Tebrau baru baru ini.
Guru Besar SK Telok Mas, En Sabri bin Abu Samah berkata, selain dapat memberi pendedahan mengenai pelbagai fakta menarik mengenai sesuatu daerah atau negeri lain yang dilawati, program seumpama itu juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli rombongan.
Beliau berkata, seramai 39 warga SK Telok Mas telah mengikuti Program Lawatan Penanda Aras Profesional Pendidikan tersebut yang terdiri dari kalangan barisan pentadbiran serta guru akademik.
"Objektif program bertujuan berkongsi idea dan kepakaran dengan menggabung jalin kejayaan sekolah lain agar dapat diolah dan disesuaikan bagi memacu kecemerlangan sekolah.
"Selain itu, ia juga bertujuan memurni budaya kerja cemerlang dalam kalangan guru-guru.
"Saya yakin penganjuran Lawatan Penanda Aras ini dapat memberi pendedahan dan pengalaman pembelajaran kepada para guru untuk melihat dengan lebih dekat pengurusan dan amalan terbaik setiap sekolah yang dilawati untuk diaplikasikan di sekolah nanti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis selamat datang yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama SK Sri Tebrau. Turut hadir bersama-sama di dalam majlis tersebut adalah En Mohamad Nizam bin Isnin selaku wakil rasmi En Md Shukri bin Sultani, Guru Besar SK Sri Tebrau.
Katanya, setiap pengetahuan yang diperoleh hasil lawatan itu biasanya akan bertahan dengan lebih kekal lama kerana mereka menggunakan pelbagai deria untuk mendapatkan maklumat.
"Saya percaya sesungguhnya pengalaman yang bakal dilalui semasa lawatan ini nanti tidak akan dapat dijual beli dengan wang ringgit nilainya.
"Program lawatan ini juga dibuat adalah untuk melihat perkongsian inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran...pada masa yang sama, kami juga ingin berkongsi pencapaian inovasi sekolah kami.
"Biarlah lawatan ini nanti menjadi satu perjalanan yang menarik dan bermanfaat," katanya.
Dalam program lawatan itu juga, satu perkongsian dikongsi bersama antaranya berkenaan Pasukan Robotik dan STEM, kejayaan Pasukan Lompat Tali serta pertunjukan khas Pasukan Stacking dari kelas Pendidikan Khas PPKI SK Sri Tebrau.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yag terlibat di dalam lawatan penanada arasan ini. Semoga kita berjumpa lagi dalam lawatan balas dari pihak kami, Insyaallah