• Main
  • News

???????????????????????????? ???????????????????????????? ???????????????? Sk Taman Sutera

15 OKTOBER 2024 (SELASA) – SK Sri Tebrau telah menerima kunjungan daripada pihak pentadbiran dan guru SK Taman Sutera yang diketuai oleh En Naidatul Zamrizam, Guru Besar SK Taman Sutera bersama 10 orang guru telah diadakan pada jam 2.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.

Antara perkara yang dikongsikan di dalam program lawatan ini adalah mengenai perkongsian yang berfokus kepada kemenjadian kokurikulum serta pengurusan sukan sekolah.

Seterusnya, delegasi dibawa ke sesi lawatan tapak untuk mendapatkan pengenalan mengenai Pasukan Robotik dan Stem, Pasukan Lompat Tali, Pasukan Sukan Stacking Pendidikan Khas PPKI SK Sri Tebrau serta melawat beberapa bilik sukan dan kokurikulum.

Justeru, pihak SK Sri Tebrau merakamkan ucapan terima kasih kepada SK Taman Sutera atas kunjungan ini. Diharapkan agar lawatan ini akan memperkukuhkan lagi kerjasama strategik di antara kedua-dua buah sekolah dan semoga kita diberi kesempatan untuk bertemu lagi pada masa akan datang.


About Us

  • SK SRI TEBRAU, JB

    Official Page Of SK SRI TEBRAU, JOHOR BAHRU. Sekolah Kluster Kecemerlangan. #HidupSentosa