• Main
  • News

Pasukan Sapphire Muncul Juara Sukan Olahraga Tahunan Sk

Pasukan Sapphire Muncul Juara Sukan Olahraga Tahunan Sk

PASUKAN SAPPHIRE MUNCUL JUARA SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN SK SRI TEBRAU, JB

5.11.2023 ( AHAD ) - Pasukan Rumah Sukan Sapphire ( Biru ) telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau kali ke 28 yang telah diadakan baru-baru ini. Penyandang kejuaran edisi ke 27 iaitu pasukan Emerald ( Hijau ) terpaksa akur dikedudukan kedua manakala pasukan Morganite ( Merah ) berjaya mengatasi pasukan Amethys ( Ungu ) untuk merebut tempat ketiga dan keempat dengan kelebihan satu pingat emas. Kejohanan itu telah dirasmikan oleh YB Mohd Hairi Bin Md Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor serta turut dihadiri YDP PIBG Tn Hj Mohd Ali Khan Bin Isa dan barisan ahli jawatankuasa yang lain.