• Main
  • News

Rm2200.00 Berjaya Dikutip Sepanjang Minggu Solidariti Palestin

Rm2200.00 Berjaya Dikutip Sepanjang Minggu Solidariti Palestin

RM2200.00 BERJAYA DIKUTIP SEPANJANG MINGGU SOLIDARITI PALESTIN

2.11.2023 ( KHAMIS ) - Pihak sekolah berjaya mengutip sumbangan berjumlah RM2200.00 walaupun ianya hanya digerakkan dalam tempoh sepanjang minggu ini.

Guru Besar SK Sri Tebrau, Cikgu Md Shukri Bin Sultani berkata. jumlah tersebut menunjukkan seluruh warga sekolah, para ibu bapa dan pelajar menyokong usaha solidariti untuk rakyat Palestin di sana. Beliau menzahirkan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada para penyumbang dan berharap agar solidariti ini tetap diteruskan walaupun di peringkat sekolah majlis penutupannya telah berlangsung semalam. Kutipan itu akan diserahkan kepada Jawatankuasa Sumbangan Solidariti Palestin Peringkat Negeri Johor dan seterusnya disatukan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Di dalam majlis penutupan tersebut beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi kategori melukis poster tahap 2 dan mewarna pra sekolah, Pendidikan Khas Tahap 1 dan 2 serta pelajar tahun 1,2 dan 3. Majlis penutupan itu juga diserikan lagi dengan alunan nasyid yang disampaikan oleh kumpulan al-Wahidah dan deklamasi sajak kemanuasian dari panitia pendidikan moral. Turut diadakan sepanjang program ini berlangsung adalah solat sunat hajat dan bacaan doa qunut nazilah yang melibatkan pelajar tahun 4,5 dan 6 bertempat di Dewan Sri Sutera, SK SRI TEBRAU, JB