• Main
  • News

Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Peringkat Sk Sri Tebrau

Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Peringkat Sk Sri Tebrau

MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PERINGKAT SK SRI TEBRAU TAHUN 2023

PENGENALAN:

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menganjurkan Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. Justeru, pelaksanaan di peringkat sekolah akan dijalankan mengikut ketetapan iaitu pada 31 Oktober 2023 (Selasa). Pelancaran ini akan mengangkat murid sebagai duta yang merupakan pemegang taruh terbesar selain guru, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Program kerjasama ini dahulunya dikenali sebagai Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM : Jom Ke Sekolah dan kini telah dijenamakan semula ssejajar dengan aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti.

OBJEKTIF:

1. Memantapkan kerjasama antara pihak PDRM dengan KPM dan pihak sekolah dengan PPS.

2. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang tidak bermoral.

3. Mengagaskan optik lebih jelas mengenai hala tuju sahsiah di peringkat sekolah dengan melantik murid sebagai Duta Sahsiah dalam menguar-uarkan Garis Panduan Salah Laku Seksual dan Buli di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tahniah dan Syabas kepada Penerima Anugerah Duta Sahsiah:

1. Navyanissha A/P Selvam (PEREMPUAN)

2. Nuh Syahredzo bin Saiful Amri (LELAKI)

3. Muhammad Seif Khaysi Bin Ishak (PPKI)

We❤️SKST