• Main
  • News

Pelancaran Program Keselamatan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Peringkat

Pelancaran Program Keselamatan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Peringkat

PELANCARAN PROGRAM KESELAMATAN, KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR PERINGKAT NEGERI JOHOR

TARIKH : 22 SEPTEMBER 2022
TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TEBRAU.

PERASMI : PN TAZRINA BINTI AHMAD, PENGURUS BESAR UNIT STRATEGIK MODAL INSAN NEGERI JOHOR, WAKIL RASMI YB MOHD HAIRI BIN MAD SHAH, PENGERUSI JAWATANKUASA BELIA, SUKAN, PEMBANGUNAN USAHAWAN, KOPERASI DAN SUMBER MANUSIA NEGERI JOHOR.

TEMA PROGRAM : SHERO IN SCHOOL ( SAFETY, HEALTH AND ENVIRONMENT HERO )
ADIWIRA KESELAMATAN, KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR

ANJURAN BERSAMA:
1. MALAYSIAN INDUSTRIAL SAFETY AND HEALTH ASSOCIATION ( MISHA )
2. GADANG HOLDINGS Gadang Sports Club KL
3. JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGERI JOHOR ( JKKP ) DOSH Johor

Dalam usaha untuk memupuk budaya Keselamatan, Kesihatan & Alam Sekitar (SHE) di Malaysia, dan mengambil kira kisah kejayaan dari Negara maju seperti Jepun, cara yang paling berkesan untuk melakukannya ialah bermula dengan generasi muda, terutamanya diperingkat sekolah.

SHERO IN SCHOOL

Safety, Health & Environment Hero In School
Hero Keselamatan, Kesihatan & Alam Sekitar di sekolah.

Sehubungan dengan itu, MiSHA dengan kerjasama dengan pemain utama sektor pembinaan iaitu Gadang Holdings telah mengambil inisiatif untuk membangunkan program khas yang dipanggil "SHERO In School" dengan objektif untuk mewujudkan kesedaran tentang KKP dikalangan warga sekolah. Ini adalah program murni yang menggabungkan ketiga-tiga (3) elemen utama yang memainkan peranan penting ditempat kerja dan memperkenalkannya kepada sekolah.

Puan Tazrina binti Ahmad, Pengurus Besar Unit Strategik Modal Insan Johor , sebagai wakil rasmi Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia telah merasmikan Program Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar bagi peringkat negeri Johor di SK Sri Tebrau, Johor Bahru. Turut hadir dalam majlis ini ialah Yang Berbahagia Tuan Hj Zainee Bin Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor, Yang Berbahagia Mr Khew Check Kiet, Pengarah Urusan Gadang Engineering ( M ) Sdn Bhd, Yang Berbahagia Tuan Abd Mutalib Bin Abd Gapar , wakil Malaysian Industrial Safety & Health Association serta Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Ali Khan Bin Isa, Yang diPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sri Tebrau.

Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk menerapkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta alam sekitar pada generasi muda dari seawal persekolahan.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti ceramah keselamatan, pameran, aktiviti " Hazard Hunt "di kawasan sekolah, pembentangan dalam kumpulan dan permainan dam ular gergasi keselamatan.

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Program yang diketuai oleh En Abd Mutalib Abd Gapar dan para fasilitator di dalam menjayakan program yang penuh dengan informasi dan maklumat berkenaan kepentingan akan keselamatan, kesihatan dan penjagaan alam sekitar di sekolah.