• Main
  • News

Majlis Pelancaran Minggu 3 Bahasa, Bahasa Arab, Cina

Majlis Pelancaran Minggu 3 Bahasa, Bahasa Arab, Cina

MAJLIS PELANCARAN MINGGU 3 BAHASA, BAHASA ARAB, CINA DAN TAMIL PUPUK KEBERSAMAAN MEMPELAJARI BAHASA IBUNDA KAUM LAIN

24.9.2023 ( AHAD ) - Panitia Bahasa Arab, Cina dan Tamil SK SRI TEBRAU, JB telah melancarkan Program Minggu 3 Bahasa bagi memberikan pendedahan dan pendidikan mengaplikasikan penggunaan 3 bahasa ini di peringkat sekolah rendah. Majlis pelancaran itu disempurnakn oleh Cikgu Md Shukri Bin Sultani, Guru Besar SK SRI TEBRAU, JB dengan memukul gong tiga kali simbolik kepada 3 bahasa asing yang diperkenalkan di sekolah ni.

Di dalam majlis itu, warga dewan disajikan dengan tiga persembahan dari unit panitia bahasa arab, cina dan tamil. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepad para guru yang terlibat di dalam penganjuran program ini.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik di adakan sepanjang program ini berlangsung. Para pelajar diharapkan dapat mengambil peluang untuk menyertai pertandingan dan aktiviti yang dianjurkan sebagai satu platform terbaik menambah ilmu dan pengetahuan khasnya di dalam meningkatkan penguasaan tiga bahasa ini dari segi suku kata, penulisan mahupun komunikasi.