• Main
  • News

200 Orang Pelajar Menerima Watikah Perlantikan Pelbagai Jawatan

200 Orang Pelajar Menerima Watikah Perlantikan Pelbagai Jawatan

200 ORANG PELAJAR MENERIMA WATIKAH PERLANTIKAN PELBAGAI JAWATAN

10.9.2023 ( AHAD ) - Seramai 200 orang pelajar dari kalangan Student Leader Board ( SLB ), Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya telah menerima watikah perlantikan jawatan bagi sesi persekolahan 2023/2024.

Majlis penyampaian watikah itu disempurnakan oleh Sarjan Mohd Zamree Bin Azhari selaku Pegawai Perhubungan Sekolah ( PPS ) dari Balai Polis Taman Pelangi bersama-sama barisan pentadbiran SK SK SRI TEBRAU, JB.

Menerusi watikah itu, pihak sekolah telah melantik adik Muhammad Aryanur Rashid Bin Khairul Arifin selaku Ketua Pengawas Sekolah dan Adik Navyanissha A/P Selvam sebagai Penolong Ketua Pengawas Sekolah. Bagi jawatan Ketua Pengawas Pusat Sumber, pihak jawatankuasa pemilihan telah memilih adik Adam Syahmi Rizqi Bin Asnawi dan dibantu Penolong Ketua Pengwas Pusat Sumber iaitu adik Shazia Mizwani Binti Jamian manakala Adik Muhammad Qaizer Mikhael telah dilantik sebagai Ketua Pembimbing Rakan Sebaya sambil dibantu oleh Adik Adryana Natasha Binti Muhamad Azyfiedy.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya serta selamat menjalankan amanah dan tanggunjawab di dalam bersama-sama membantu pihak sekolah melahirkan pelajar yang cemerlang dan bersahsiah.