• Main
  • News

Adik Shazia Mizwani Binti Jamian Diumum Peserta Terbaik

Adik Shazia Mizwani Binti Jamian Diumum Peserta Terbaik

ADIK SHAZIA MIZWANI BINTI JAMIAN DIUMUM PESERTA TERBAIK DI DALAM MUKHAYYAM ARABIY PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU.

5.9.2023 ( SELASA ) - Pelajar dari kelas 6UPM iaitu adik Shazia Mizwani Binti Jamian telah dimumkan sebagai peserta terbaik di dalam Mukhayyam Arabiy Peringkat Daerah Johor Bharu yang telah berlangsung di Masjid As-Syakirin, Pangsapuri Bukit Saujana baru baru ini. Pihak sekolah juga telah menghantar seorang wakil pelajar lelaki iaitu adik Harraz Riefqi Alhakim Bin Mohamad Muhaimin di dalam perkhemahan yang memberi pendedahan dan kemahiran berkenaan pembelajaran bahasa arab di peringkat rendah.

Adik Shazia turut terpilih bersama-sama dengan 32 orang peserta dari seluruh Negeri Johor di dalam Mukhyyam Arabiy Peringkat Negeri Johor yang dijadualkan akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Dan Udara ( KRAMSAU ) Bandar Penawar, Kota Tinggi pada 18-19 September 2023. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada dua orang wakil sekolah kerana dapat mengikuti perkhemahan tersebut. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bharu kerana berjaya menganjurkan perogram yang bermanfaat ini.