• Main
  • News

Kejohanan Bola Jaring Mssj Peringkat Negeri Johor 2023

Kejohanan Bola Jaring Mssj Peringkat Negeri Johor 2023

KEJOHANAN BOLA JARING MSSJ PERINGKAT NEGERI JOHOR 2023 - PASUKAN JOHOR BAHRU DINOBAT JOHAN KESELURUHAN, 2 ORANG WAKIL SK SRI TEBRAU, JB MENGULANGI SEJARAH

10.8.2023 ( Rabu ) -Skuad bola jaring daerah Johor Bahru berjaya mendapat Johan Keseluruhan bagi acara bola jaring MSSJ yang telah di adakan di Pagoh baru baru ini. Kejayaan manis ini turut dirasai oleh dua orang wakil pelajar dari SK SRI TEBRAU, JB iaitu Adik NUR MYIESHA DHANEEYA BINTI MOHAMED SYAKIR DAN ADIK NAVYANISSHA A/P SELVAM yang disenaraikan sebagai pemain Bawah 12 Tahun bagi mewakili daerah Johor Bahru. Alhamdulillah pasukan B12 telah berjaya mendapat pingat gangsa setelah berjaya menewaskan Pasukan Daerah Kota Tinggi di dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat dengan jumlah mata 19-12. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan tersebut.