• Main
  • News

Cerita Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah

Cerita Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah

CERITA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH

Alhamdulillah, terima kasih Unit Hal Ehwal Murid dan barisan jawatankuasa atas penganjuran program ini. Pelbagai watak, gaya, cita-cita dan karier di masa hadapan yang diperagakan. Tahniah kepada para pelajar serta ibu bapa yang sentiasa menyokong program-program yang di jalankan. Tidak lupa juga persembahan menarik dari pelbagai kaum yang menepati silang budaya pemangkin masyarakat rahmah dan madani di dalam membentuk keharmonian berbilang bangsa. Program ini telah dirasmikan oleh Yang DiPertua PIBG Tn Hj Mohd Ali Khan Bin Isa.