• Main
  • News

Gotong Royong Madani - Program Sayangi Sekolah, Anak

Gotong Royong Madani - Program Sayangi Sekolah, Anak

GOTONG ROYONG MADANI - PROGRAM SAYANGI SEKOLAH, ANAK BIJAK LAGI CERDIK.

17.8.2023 ( Khamis ) - Satu program Gotong Royong Madani telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya baru baru ini. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta Kumpulan Sokongan Ibu Bapa ( KSIB ). Turut hadir di dalam program tersebut adalah Sarjan Mohd Zamree Bin Azhari selaku Pegawai Perhubungan Sekolah ( PPS ) SK SRI TEBRAU, JB.

Semoga program ini dapat melahirkan para pelajar yang berdisiplin serta mematuhi peraturan sekolah di dalam mewujudkan suasana sekolah yang bersih, ceria dan selamat.