• Main
  • News

Pesta Kesenian Puteri, Ppim Daerah Johor Bahru, Adik

Pesta Kesenian Puteri, Ppim Daerah Johor Bahru, Adik

PESTA KESENIAN PUTERI, PPIM DAERAH JOHOR BAHRU, ADIK HANNAH NAJIHAH BINTI AHMAD ZAHIR - TEMPAT KEEMPAT UKIRAN BUAH

12.08.2023 (Sabtu) – Pesta Kesenian Puteri, acara yang dianjurkan oleh Pegerakan Puteri Islam Malaysia Peringkat Daerah Johor Bahru, telah diadakan di SMK Sultan Ibrahim. Acara ini menjadi platform yang unik bagi para peserta untuk menunjukkan bakat seni dan kreativiti mereka melalui sembilan kategori pertandingan yang berbeza.

Antara acara yang disertai adalah seperti JRobik, Zapin, Nyanyian Lagu Melayu Asli, Busana Tradisional Johor, Catan, Doodle, Ukiran Buah dan Tulisan Khat. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan guru penasihat Pergerakan Puteri Islam SK SK SRI TEBRAU, JB kerana berjaya menyertai festival tahunan itu. Semoga ada sinar kejayaan suatu hari nanti.