• Main
  • News

Bengkel Pemantapan Akademik Dan Pengukuhan Adab Abc Dan

Bengkel Pemantapan Akademik Dan Pengukuhan Adab Abc Dan

BENGKEL PEMANTAPAN AKADEMIK DAN PENGUKUHAN ADAB ABC DAN A.D.A.B.I @ SK SRI TEBRAU : 12-27 JULAI 2023

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Unit Kurikulum bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling kerana berjaya mengadakan bengkel dan program ini dengan jayanya. Bengkel ini adalah dengan kerjasama beberapa Unit Panitia Mata Pelajaran antaranya Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris adalah bertujuan memberi pendedahan, info dan maklumat serta teknik untuk menjawab kertas soalan mahupun latihan.

Selain itu satu slot motivasi telah disampaikan oleh Penceramah En Mohd Rizal Rais dengn tajuk Cemerlang Pilihan Saya kepada para pelajar tahun 4, 5 dan 6. Terima kasih kepada Penyelaras Program Cikgu Zamira Bin Rajab atas inisiatif ini serta sering menekankan betapa pentingnya nilai A.D.A.B.I dalam kehidupan seorang pelajar.

Program ini turut mendapat kunjungan daripada Tn Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru iaitu Tn Hj Mohd Kamal Bin Untong dan sempat memberi kata-kata semangat dan motivasi agar pelajar menjadi anak yang baik dan cemerlang (ABC).