• Main
  • Gallery

Makluman Pengoperasian Sekolah 2022 : Tiada Penggiliran Bermula

MAKLUMAN PENGOPERASIAN SEKOLAH 2022 : TIADA PENGGILIRAN BERMULA 17 APRIL 2022 DAN JADUAL WAKTU BALIK PELAJAR.

SELAMAT SEJAHTERA

KEPADA

IBU BAPA / PENJAGA MURID
SK SRI TEBRAU JOHOR BAHRU

KEHADIRAN SECARA BERSEMUKA TANPA PENGGILIRAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sebagaimana yang telah sedia maklum mengenai sesi pembukaan sekolah mengikut kenyataan media KPM, sukacita dimaklumkan bahawa mulai 17.4.2022 (Ahad) semua murid sekolah rendah akan mengikuti sesi pembelajaran secara bersemuka.
Walaubagaimanapun pihak sekolah masih tetap mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh KPM bagi memastikan semua murid sentiasa dilindungi daripada gejala Covid-19.

Pihak kami akan sentiasa memaklumkan dari semasa ke semasa jika ada sebarang makluman terkini daripada pihak pentadbiran sekolah kepada tuan/puan. Buat sementara ini, sesi pdpr tetap dilaksanakan seperti biasa mengikut jadual waktu yang ditetapkan.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan / puan.

Kerjasama daripada pihak tuan / puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

SHANMUGAPRIYA
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
SK SRI TEBRAU, JOHOR BAHRU

Sumber : Facebook Rasmi YB Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan
Link : https://fb.watch/coyRw2lHvR/